teet,teet.."adoi,,bising betul la jam ni..".Aku pun bangun la kerana
jam yang berbunyi ini sudah berjaya membantutkan selera aku nak tidur..
eh?Tidur pun kena ada selera ke?Aku ingat makan je.ceh,dasyat betol aku berloyar beruk.
"Waira!!kamu dah bangun belum?cepat siap,ayah kamu dah bising tu..".
ayoyo,pagi-pagi lagi da kena hentam dengan mak aku..
ini yang susah ni kalau makbapak tinggal serumah dengan kite yang
berdarah muda ni.haha.padahal aku yang tumpang rumah dorang.
ayah aku ni pentingkan kesihatan..habis semua adik-beradik
aku ni wajib menyertai apa-apa aktiviti keluarga,terutamanya yang berkait rapat
dengan kesihatan..health freak la kiranya..punyalah main syok aku berangan..
"Waira!!!kamu dah siap ke belum?"mak aku mengeluarkan volume dia yang paling lantang..
"ye mak!!dah,dah siap dah..kejap.."aku pun keluarkan la kelantangan suara aku..
cuma rendah sikit..takut dikatakan kurang didikan plak.Baju t-shirt lengan panjang
berwarna biru pekat disarungkan pada tubuh aku yang kecil,disertakan seluar trek
warna hitam dan tudung bawal yang berwarna biru cair..wajah aku yang putih
dan gebu ni disapu bedak asas manakala bibir yang mungil ni
dicalitkan sedikit pelembab bibir..memang hanya dua inilah yang menjadi peneman setia
aku yang bernama Khairunnisa Nuwairrah..
Sesudah itu,aku terus turun ke bawah takut kalau ayah aku pula yang
menyinga,lagi parah.."Ha,turun pun anak dara ayah,ingat nak bawak pergi hospital tadi..yela,takut-takut kalau kena sindrom tidur tak bangun ke.."ayah aku gelakkan aku lepas cakap macam tu..tak patut..tak patut.."Hah ni,kena sindrom ape plak ni?sindrom geleng-
geleng?"abang aku cakap kat aku lepas tengok aku tergeleng-geleng macam
tercabut skru.."hehehe,mana ade abang ni..jahat tau..ayah pun.."aku cakap
sambil muncung mulut..ala,nak tunjuk kita merajuk.."ala anak ayah,jangan merajuk..
lepas joging ni cakap je waira nak pergi mana..ayah bawak".Ceh,asyik-asyik tu jela modal
dia nak pujuk aku..hehe,sebenarnye saja je nak manja-manja dengan ayah aku..
"ok!!janji tau..nanti ayah bawak waira pergi wangsa walk mall..lepas tu,ayah support la waira..
hehehe"tersengih-sengih aku macam kerang busuk..kakak aku yang tengok aku pun
jeling-jeling..jeles la tu!!"ha,nanti ayah bawak..sekarang ni jom gi joging..
nisa cepat sikit makan..".sebaik sahaja aku tengok dia macam nak gi dah..
cepat-cepat lah aku makan.."ayah,tunggu!!!jangan tinggal waira!!" dengan mulut aku
yang penuh terisi tu aku bercakap..eee,tak senonoh betul.."hei,mulut penuh
tak elok la bercakap,tak manis betul,malang la siapa yang dapat waira ni.."kakak aku
mengeleng-gelengkan kepala dia..macam nak tercabut aku tengok dia tergeleng-geleng
tak pasal-pasal tercabut kepala dia..meremang bulu roma aku membayangkan..mm,
kakak aku ni boleh la tahan cunnya,tapi aku lagi cun..
ahaks,perasan sudah..dia ni kalau nak tahu menjadi rebutan dekat tempat belajar dia..
tapi,seorang pun dia tak sangkut..kakak aku ni nak jadi andartu ke?umur dah nak masuk 30..
ish..ish..."hei.cepatla,nak pergi dah ni..jom..jom.."terkejut beruk aku,nasib baik tak naik
tangan aku ni kat muka kakak aku ni..aku pun ikutlah dia ni..dah,dia yang tarik aku..
aku ikut jela..
Fuhh...tercungap-cungap aku,almaklumla aku ni kalau bab-bab
senaman ni memang aku liat sikit..ni pun ayah dengan abang aku yang suruh aku
joging..kalau tak..sampai sekarang ni aku tengah sedap menganyam mimpi..
lepas lari 3round,aku pon jalan lah slow2 . penat wo ! boleh mati semput aku tau .
tengah aku syok2 menikmati keindahan alam nie , aku ternampak pulak benda
yang aku memang tak gemar . dua orang pasangan tengah bermesra-mesraan .
fikir sweet la? sorry,macam ulat bulu nak mati adela .